Berbulan-bulan saya melopong mendengar Cikgu Maimun Mutalib berlabon akhirnya saya faham - kenapa ABC yang di ajar olih Cikgu Maimun Mutalib langsung tidak sama dengan ABC di warung Mustafa. Celaka - memang langsung tiada kesamaan. Saya mula akur. Cuma sekali sekala saya gagal untok membezakan antara huruf B dan D. Entah kenapa - mungkin kerana otak saya juga seperti ubi kayu. Susah nak keluar dari tanah - sakit tulang belikat. Paksa punya paksa baru keluar - paksa punya paksa baru kenal yang mana satu B yang mana satu D.
Kehidupan di tabika menangis ini tidak lah cool mana - saya sendiri tidak berasa teruja. Kawada adalah mainan wajib - sebakul besar. Kadang-kadang nasib baek dapat main tanah liat - entah apa apa di buatnya. Saya macam biasa main gentel tanah liat macam gentel tahi hidong sambil lepak depan tivi. Tidak susah mana - gentel gentel kemudian jentik. Tapi ada juga yang agak bangang - gentel punya gentel kemudian masuk mulut. Yang suka telan tanah liat ini namanya Hakim. Hakim pernah berkata kepada saya - manusia di jadikan dari tanah - maka menelan tanah liat sama seperti makan nasi.
Saya hampir pecah kepala memikirkan teori Hakim ini. Sehingga kini saya gagal mengesan di mana Hakim berada - entah hidup atau tidak. Mungkin dah mati kerana terlalu banyak makan tanah liat. Ada juga pada masa masa tertentu Cikgu Maimun Mutalib ini suruh kami semua melukis apa sahaja asalkan yang baek - maka melukislah kami segala apa yang terlintas. Ada yang duduk mengangkang besar sambil melukis - ada yang bersila molek dan cantek. Yang molek dan cantek ini sudah pasti anakdara En.Tahir. Lukislah segala apa yang hendak dilukis. Ada yang melukis kereta - tetapi seperti kotak manchis. Ada yang melukis pokok - ada yang menulis ABC warna warni - ada juga yang melukis wajah gadis ayu - ini biasanya kerja anakdara En.Tahir lah.
Saya hanya melukis seekor itek - entah kenapa pun saya tidak tahu. Mungkin melukis itek yang paling senang. Tulis bentuk huruf Ya kemudian tambah kaki tambah kepala letak paruh conteng sayap dan tambah mata. Idea ini sebenarnya bukan dari saya - ini idea dari nenek. Nenek paling suka melukis itek untok saya - dan saya akan meniru cara nenek melukis itek. Maka setiap kali Cikgu Maimun Mutalib bagi kertas untok dilukis - maka akan terbitlah seekor itek di atas kertas kuning nipis. Kebetulan dapat pensil warna kuning - itek saya akan cantek. Kalau biru - itek yang saya lukis akan dilihat macam celaka. Tak berapa nak real.
Penat menggentel dan melukis - kami semua wajib berator lurus ke dapur untok makan. Cikgu Maimun Mutalib dan pembatunya (saya tidak ingat nama - tapi tidak berapa cun - gemok gemok pendek) akan memberikan kami semua sebuah mangkok dan chawan pelastik. Berator lah kami anak-anak kechil di tabika menangis - semuanya kerana matlamat yang wahid untok makan dan minum. Selesai berator sekali lagi kami wajib duduk bersama sama dalam satu bulatan besar. Sebelom makan - Cikgu Maimun Mutalib akan memileh seorang tukang baca doa. Hakim ialah orang yang biasa menyerahkan diri kepada Cikgu Maimun Mutalib untok jadi tukang baca doa.
Saya seperti biasa - tunduk rapatkan muka ke mangkok di lantai. Ini tektik biasa saya lakukan untok mengelakkan diri dari dilihat olih Cikgu Maimun Mutalib. Saya tidak mahu menjadi pembaca doa - bukan kerana saya tidak tahu berdoa - tetapi doa saya ringkas dan tidak panjang berjela seperti yang Hakim bacakan setiap kali kami semua hendak makan. Hakim berdoa dengan membaca sekali maksud - inilah doa yang Cikgu Maimun ajar sebenarnya. Tapi saya seperti biasa gagal menghafal - huruf B dan D pun saya sendiri susah untok bezakan - apa entah lagi baca doa.
Tak bolih nak ingat lah - celaka.
Habis makan kami semua wajib humbankan mangkok dan chawan ke dalam raga besar - siapa yang tidak habis makan selalunya akan di takutkan dengan cerita seram dan sedih dari Cikgu Maimun Mutalib. Katanya bubor pulut hitam ini akan menangis kerana tidak habis dimakan - saya sendiri tidak faham kenapa bubor pulut hitam ini hendak menangis kerana tidak di makan? Saya mula syak dan membuat spekulasi bahawa Cikgu Maimun Mutalib telah cuba menipu kami anak-anak kechil di tabika menangis ini. Sepanjang pengetahuan dan pemerhatian saya di tivi - ada kesah seekor kerbau yang hampir ditelan buaya - kerbau ini berderai derai air matanya merayu kepada si buaya untok tidak dimakan.
Saya hairan lagi pelik - entah dari mana teori Cikgu Maimun Mutalib ini datang. Kerbau berderai air mata menangis merayu kepada buaya supaya jangan makan dia - tetapi bubor pulot hitam berderai menangis kerana saya tidak makan dia. Saya pelik - selalu juga Cikgu Maimun Mutalib berulang kali menceritakan kesah bubor menangis - nasik menangis - donat menangis - semua sedih sedih sedih dan pilu. Saya tidak paham kenapa - mungkin kerana Cikgu Maimun Mutalib sendiri berada dalam sedih dan pilu - terbawa bawa dalam hal makanan.
Pernah satu ketika saya balek dari tabika menangis - saya bertanyakan kepada ibu apahal bubor pulot hitam mahu menangis jika saya tidak makan dia. Ibu ketawa dan katanya nasib dia akan sama seperti bubor pulut hitam - sedih dan berderai menangis jika saya gagal menghabiskan makanan yang dia masakan untok saya. Saya mula faham - kerana ibu penat memasak - mengemas rumah - menjahit baju tempahan - menyiram pokok dan menonton tivi sambil membaca majalah Wanita. Maka sejak dari itu untok tidak mahu mengecewakan penat lelah ibu - saya akan habiskan segala makanan yang ibu masakan untok saya.
Saya juga akan habiskan semua makanan yang makcik tukang masak tabika menangis masakkan untok saya - makcik tukang masak ini juga penat. Saya faham. Khalas.
Bersambung --
Tq
Johnleh

7 CAKAP-CAKAP:
tahu takpe.
sbb tu aku slalu abeskan makanan yg ada. aku tanak makanan menanges!
tapi aku yg menanges pabila saiz bdn membesar. kahkahkah!
ha!!!ika selalu membazir makanan sekarang ne....
kalau dipikir-pikir!!!
asal la ika suke membazir makanan
menagis makan2 tu kan :'(
rase bersalah!!!!
ape2pun...looking forward for part 5!!!!! :)
adoi ada lagi awek ika ni
hai ika. @'/---- bunga untukmu.
celaka.
aku pun rasa bersalah kalau tak habiskan nasik lemak.
makanan menangis mcm neng yatimah dalam cerita lama.
bila aku sumbat dlm mulut
aku muntah - akhirnya aku menangis.
betul betul celaka.
DJK: nape adoi???uikss...ape2 pun thanks.... :)
Did: Ah! Semalam kau tak habiskan sos chickenchop. Tq
nisa: Wajib cuba jadi makanan untok sehari. Tq
DJK: Ni nasik lemak mana ni? Celakalah. Tq
John: nasi lemak tidak berbungkos rasanya. memang stim! kahkahkah!!!
Prit: ah, kau lelaki kucing!
Kucing Hitam~ (nyanyi lagu bittersweet)
Post a Comment