Kaum Buroh!Raikanlah hari mu
Di seluroh pelusok dunia - di Nepal - India - Taiping - Bangladesh - Kuala Terengganu - Pantai Dalam - Burma - Kuantan - Indonesia - Filipina - Jalan Bayam - Kampung Lamir - Tanjong Tokong - Korea - Sri Lanka - Sabah - Pulau Manukan - Papua - Togo - Mogadishu - Luanda - Tanah Puteh - Parit Sameon - di mana sahaja.
Raikanlah hari mu
Setiap titesan peloh mu
Setiap kerak daki mu
Setiap hangit ketiak mu
Wajib kau banggakan
Raikanlah hari mu
Segala bangunan yang tersergam maha indah itu
Segala jalanraya yang terbentang maha luas itu
Adalah hasil dari titek peloh mu.
Raikanlah hari mu
Membanting tulang untuk setiap nasi yang mereka suap ke mulut
Membanting tulang untok setiap air yang mereka minum
Raikanlah hari mu
Kaum buroh bersatulah!
Bangun melawan jika kamu di tindas - matikan kapitalis kapitalis di bumi Tuhan ini.
Bangun melawan jika kamu di tekan - pijak lumat kapitalis kapitalis di bumi Tuhan ini.
Bangun melawan jika kamu di hina - hancurkan kapitalis kapitalis di bumi Tuhan ini.
Bangun lewat dan pergilah kemana sahaja di hari mulia ini.
Raikanlah hari mu
Kaum buroh bersatulah!
Tq
Johnleh

7 CAKAP-CAKAP:
Workers of the world,unite!
HC: Cheers! Tq
kau buat aku menangis.
kerana dahulu aku menangis kerana menjadi penganggur.
kini aku menangis kerana menjadi pemburoh.
hidop ini tak mudah!
gua menangis...
Shelah,
Print duit pun buroh juga...
Cheers
tulisan kau bagus,
tahniah!
Did: Jangan menangis sayang - hari ini kita sakit. Nanti hari mereka pula. Tq
Ben: Semuanya buroh - print duit pun buroh. Tapi ada jangan jadi buroh kepada uang. Tq
BB: Tq. Cheers!
aku - buruh yang terselamat dari disembelih.
Post a Comment