1987
Pagi itu ibu telah menyediakan telor separuh masak untuk saya dan abang. Ini hidangan wajib untuk kami berdua makan - Olih kerana kami adek beradek kurus kerempeng maka ibu saya begitu mengharapkan telor separuh masak ini dapat mempercepatkan pertumbuhan daging di seluruh susuk badan kami adek beradek. Sebenarnya saya sendiri tidak gemarkan bau telor separuh masak ini - hanyir. Tapi ibu saya telah berjaya meyakinkan kami adek beradek dengan menjadikan Mail Rimau sebagai ikon contoh pemakan telor separuh masak yang berjaya.
Mail Rimau adalah jiran kami sekeluarga - pada waktu itu kami tinggal di kuarters JKR di Bukit Ibam. Yang tidak tahu celah mana Bukit Ibam - sila tolong google. Mail Rimau adalah seorang gedebe di kawasan kuarters kami. Sumpah sampai sekarang pun saya tidak ingat bagaimana rupa Mail Rimau yang sebenar. Ibu cuma meyakinkan kami adek beradek - kalau hendak menjadi kuat dan gedebe maka telor separuh masak yang digaul dengan kicap dan lada sulah wajib dihabiskan.
Abang saya adalah orang yang pertama menghabiskan semangkok telor saparuh masak. Habis semangkok - abang saya akan mula membuat lompat bintang dan rolling dari dapor ke ruang tamu untuk menunjukkan betapa kuat dan tangkasnya dia selepas membalun semangkok telor separuh masak. Saya pada waktu itu gagal dan terus gagal - terkulat untuk habiskan semangkok telor separuh masak. Celaka - hanyir.
Akhirnya semangkok telor separuh masak berjaya saya habiskan dengan bantuan suapan dari Ibu. Jika saya suap sendiri nescaya telor separuh masak itu akan selamat saya bajakan di pokok Puding di luar rumah - khalas. Habis semangkok maka saya layak untuk menjadi seperti Mail Rimau. Saya betul-betul yakin bahawa sayalah Mail Rimau yang sebenar di kawasan kuarters kami tinggal. Saya cuba untuk lompat bintang dan rolling tapi awal-awal lagi telah dibantah olih ibu saya. Tindakan melompat bintang dan rolling tidak mencerminkan watak Mail Rimau yang sebenar.
Niat saya tergencat - dari dalam rumah saya dapat melihat abang saya terus giat melompat berlari merolling dan pelbagai aksi akrobatik dibuatnya di luar rumah - di tangannya ada sebiji bola. Saya juga dapat mengesan kehadiran Mi Barat dan adeknya Li Barat. Mi Barat berbaju puteh dan berseluar pendek bola kain licin warna hitam dan Li Barat juga berbaju puteh tetapi berseluar jeans. Ini dressing code rasmi anak-anak Jaafar Barat.
Abang saya berbaju puteh dan berseluar pendek bola kain licin warna kuning emas ada line hitam di tepi --
Bersambung
Tq
Johnleh

4 CAKAP-CAKAP:
sedang cuba fahami motif penulisan kali ni... sila lekas sambung sebelum pemikiran waras diuji dengan tafsiran yang bukan2 :)
aku menunggu kesah padeli tompok
kah kah kah.
aku rasa berdebar-debar.
cilaka mail rimau - mesti tangkas dan tuntas! - tolong sambong cerita ini cepat.
raisadora : sila tolong cuba fahami dengan baik. Tq
DJK : Padeli Tompok aku tau di mana sekarang. Entah apa jadi. Tq
Hanggokan : Mail Rimau memang tangkas. Tq
Post a Comment