Koma gaduh rebut kerbau
TANAH MERAH: Hanya kerana seekor kerbau yang baru dibeli, seorang warga emas cedera parah dan koma selepas kepalanya ditetak dengan sabit rakan sekampung dalam kejadian di Kampung Salak, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi, mangsa, Mohamed Jusoh, 71, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Anak mangsa, Mohamad Azahan Mohamed, 27, yang berada di tempat kejadian turut cedera di jari kanan dan menerima empat jahitan.
Mohamad Azahan berkata, sebelum kejadian bapanya mengajak dia bersama kakak, Maznah, 42, serta abang ipar, Mohamad Azlan Yusof, 43, mencari kerbau yang baru dibeli daripada seorang penghulu.
Katanya, kerbau itu dibeli minggu lalu dan dibiarkan berkeliaran meragut di padang ragut kampung itu.
“Ketika sampai di kawasan itu, bapa mengenal pasti kerbau terbabit. Bagaimanapun, ketika menghampiri ternakan itu, seorang lelaki yang dikenalinya juga tinggal sekampung berada di situ. Lelaki terbabit menghalang bapa saya kerana mendakwa kerbau itu miliknya.
“Ekoran itu, berlaku pertengkaran antara bapa saya dan lelaki itu. Pertengkaran itu bertukar menjadi pergelutan. Kedua-dua mereka yang memiliki sabit mula mengancam dengan senjata bahaya itu,” katanya.
Katanya, ketika cuba meleraikan pergelutan terbabit, dua jari tangan kanannya terkena tetakan sabit lelaki terbabit dan selepas itu, sabit milik bapanya terjatuh.
“Melihat sabit bapa saya jatuh, lelaki itu pantas merampasnya sebelum menyerang kami. Tetakan sabit lelaki itu terkena belakang kepala bapa saya menyebabkan dia jatuh pengsan berlumuran darah di kepala, manakala lelaki itu melarikan diri,” katanya.
Katanya, mereka bertiga bergegas mengejarkan bapanya ke HTM sebelum dirujuk ke HUSM.
Johnleh
Bangang tak? Den dulu kocik-kocik jago kobau jugak - tak ado pulak masalah macam ni.
Mungkin ini pos yang mengada-ngada - Tapi hati kechil saya telah terbungkang berderai ketawa dengan berita ini.
Tq